LAST ENTRY HERE

1 No Comments »

i’m moving to http://nomborlapan.blogspot.com/

sekian

40 Point HAND BOOK – 2010 for me (you too) & family

sesi menambah ilmu No Comments »

Health:

1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E’s — Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time to pray.
6. Play more games.
7.. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.

Personality:

11. Don’t compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.
12. Don’t have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don’t over do. Keep your limits.
14. Don’t take yourself so seriously. No one else does.
15. Don’t waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don’t remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don’t hate others.
20. Make peace with your past so it won’t spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn.
23. Smile and laugh more.
24. You don’t have to win every argument. Agree to disagree.

Society:

25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29.. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won’t take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.

Life:

32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn’t useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. So, be happy.

Last but not the least:
40. Please share this to everyone you care about. ( i just did it, by share it here, worldwide!)

::: nota kaki: yer, aku sangat berharap aku akan ikut tips harian di atas untuk menjadikan aku seorang yg positif.. sebab most of the time, i feel so down.. wish me luck, everyday.. CHEERSSS :::

jalan-jalan singapore 10.01.2010

ada apa dengan aku 2 Comments »

Hari ahad yang lepas, aku, ijal, elun & ica ikut rombongan pergi singapore, menghadiri jemputan perkahwinan sedara kami kat Simei. Ahli rombongan seramai 40orang yang terdiri daripada saudara mara terdekat. Itu pun ramai tak dapat ikut sebab tak muat bas hihi.. Ramai kan saudara mara kitorang.. happening pula tu semua hihi..

ahli rombongan yg sempat masuk frame

ahli rombongan yg sempat masuk frame

Seramai 17 orang daripada kami buat 1 pasport kelompok, termasuklah aku & adik2 aku & ada 5 kids. Ijal & yang 23 orang yang lain ada pasport masing2. Buat pasport kelompok RM200 satu pasport & semua orang dalam pasport itu kena lah ada sama2 pergi & balik, kalau tak, tak boleh laa nak pakai.. Dekat custom checkpoint both Msia & Spore, memang kami 17 orang kena panggil sorang2 then baru dia chop pasport tu & lepas.. hihi..

Ok.. pukul 8 pagi gerak dari rumah aku.. Bas dah ambil separuh saudara kat Air Baloi, & separuh kat rumah aku. Ada 1 MPV & 1 kereta lagi yang dinaiki oleh pakcik makcik kami yg VVIP hehe. Sampai rumah pengantin dalam pukul 11.30 & terus makan nasi beriani. Dia punya kuih-muih pencuci mulut memang tip top, hotel punya standard sedap hihi..
manisan

Pentas pelamin ada sekali tempat acara potong kek. Nice.

kitorg tulis kata2 hikmat utk pengantin: jun & munir..

kitorg tulis kata2 hikmat utk pengantin: jun & munir..

Kat rumah pengantin, tak banyak aktiviti selain bergambar2, makan2, jawab teka teki (dapat 2 dolar kalo betul) & ada gak diorg yang melawat tingkat berapa belas ntah flat tersebut. Bila nak berangkat dari rumah pengantin, sampai tak cukup tangan tuan rumah nak salam dengan kami yang 1 bas ni. Last2 tuan rumah bagi jee 1 beg plastik besar guest goodies kat aku, suruh bagi2 dalam bas hihi.. kesian Cik Mahani, pening dia tengok sedara dia datang ramai2 sampai 1 bas hihi.

So untuk mententeramkan keadaan rumah pengantin, walaupun ditahan untuk stay lama lagi, kami tetap meneruskan aktiviti seterusnya.. Selepas singgah kat masjid untuk sembahyang zohor & tukar baju yang sesuai hihhi, kitorg pergi ke… yeay…..

sentosa.. here we come!!

sentosa.. here we come!!

Seorang nak masuk bayar 3dollar jer. Kalau nak main each games or masuk each point kenalah bayar, lain2 harganya berbeza tapi rata-ratanya berharga 12dollar ke atas. So, rasanya kalau bawa 100-200 dollar baru puas hati dapat masuk / main semua yang ada kat sentosa.
Kat sentosa itu, kena naik bas / MRT untuk ke satu point ke satu point. Boleh laa kalau naik kereta sendiri, tapi bergantung pada tahap kekosongan tempat parking hihi.

Attraction point yang pertama kami singgah adalah Siloso beach.
siloso

Standard laa aktiviti tepi pantai ni, banyak la aktivitinya. Tapi kami tengok2 jer laa sebab tak bercadang pun nak mandi pantai. Lepas kat sini dah ramai berpecah. Masing2 nak pergi attraction point yang masing2 berkenan. Aku, elun, ica, ipah & anjah pergii ke underwater world. Fee, 22.90 dollar per person. Bagi aku memang best dalam ni. Lagi best, kami sempat tengok dolphin & sealion show! Feww memang penuh sangat seat. Memang best!

on the way nak tgk dolphin show

on the way nak tgk dolphin show

dolphin baru masuk, diorg melambai kat audience

dolphin baru masuk, diorg melambai kat audience

trainer kenalkan satu2 nama dolphin ni & dia shake hand

trainer kenalkan satu2 nama dolphin ni & dia shake hand

main bola...

main bola...

Gambar dalam tunnel underwaterworld aku xupload kat cni. Kat facebook je, sila tgk facebook aku yer. Banyak laa segala jenis ikan ada. Yang aku suka tengok shark & ikan pari.. Kagum betul aku tengok segala jenis ikan yang berjuta2 tu. Few.. Kalau Faiq mesti lagi teruja sebab dia tengok ikan kat akuarium kecik tu pun dia excited. Nanti ar akan ku bawa Faiq ke underwaterworld kalau dia dah besar sikit.

Lepas underww, kami berlima pergi ke “luge & skyride”point. Yang naik skyride, aku dengan anjah je. 11dolar per person. Kalau nak main luge sekali 12dollar je, lagi murah ar ambil pakej. Tapi kami tak sempat nak main luge sebab dah running out of time. Serius gayat naik skyride! Tapi masa balik dah enjoy sikit, mula2 je seriau. Gambar sila tengok di facebook yer.

Jambatan gantung ni kami berlima tak lalu. Macam best je kan hihi..

aku xnaik bridge ni ;)

aku xnaik bridge ni ;)

Dalam pukul 5.40pm kami balik naik bas terakhir untuk ke coach park. Kena ada kat bas kami pukul 6 hihi. Nasib baik jumpa sepupu2 lain kat skyride point, kalau tak tak tau juga macamana nak balik ke coach park huhu.

Then kami balik semula ke Johor dalam keadaan lapar, haus, penat ihhi setelah habiskan masa separuh hari kat sentosa. Malam baru sampai rumah & tengok Faiq gembira je kat rumah hihihi. Nasib baik tak bawak dia, kalau tak confirm meragam kepenatan.

So, siapa nak pergi pulau sentosa, rasanya sehari suntuk baru puas hati. Bagi yang tak tau apa ada kat sana, silalah google & anda pasti tertawan untuk ke sana hahaha.. iklan pulak..

InsyaAllah kalau ada rezki, nak pergi lagi..bawa Faiq..sebab memang tempat yang happening… tak tipu.. tunggu duit banyak ar!

Another year for us in wedded bliss

ada apa dengan aku 3 Comments »

Me : B, hari ini hari apa..?
Him : Hari Selasa
Me : Yer la.. Selasa.. Berapa hari bulan?
Him : 2hb.. eh.. 5hb..
Me : 5hb… Hari apa?
Him : Hari apa..?
Me : Hmm ntah..
Him : Hari apa heh? Nape heh?

(( Ayoo.. i’ve expected this earlier.. ))

Him : Saya nak kuar ar.. Nak ikut tak?
Me : Huh? Buat apa…?
Him : Saja.. rasa nak makan aiskrim.. Jom laa.. Ngan Faiq..
Me : Malas ar..
Him : Jom ar.. arini kan 5hb..

Haha.. finally we had our little celebration..with the most happiest person, FAIQ! Dapat keluar jalan2 naik kereta + kat tempat makan tu dikelilingi makanan2 yg menyelerakan pandangan mata dia sambil dia tunjuk n sebut “mam-mam, mam-mam” kat semuanya + dia dapat tengok orang ramai lalu lalang kat deretan kedai2 tersebut sambil dia menegur mesra mcm dah lama kenal + makan aiskrim = FAIQ SANGAT GEMBIRA.

For me, all the food & ice cream do not that important… yg penting the husband ingat + hargai aku, faiq & family + berada di mana & bila saja diperlukan + tetap bertahan dgn penuh kesabaran = SELAMANYA..

Dear Allah, Alhamdulillah for giving another year to create
precious memories together & another year to strengthen
a marriage that defines “forever.” May YOU bless us in each single day.

Dear husband, for 2 years we’ve shared heat & cold, sadness & joy. Let our home stay warm for all the remaining years! Happy anniversary, both us.

Dear wife, sila baiki diri anda sendiri, kurangkan perangai yang menjengkelkan, kurangkan sifat pemarahmu itu, put more love in everything you do & give more to him n anyone surrounding you. -huh, try my best -

p/s: weekend ni both of us (faiq xikut huahua) gi singapore ikut rombongan cik kiah (sedara mara ler) 1 bas.. ni boleh kira sbg jalan2 sempena anniversary x? keke…

p/s: happy anniversary to my big bro & kak suzy yg bernikah awal seminggu dr kitorg.. tp mcm laen tahun hehe.. diorg mggu terakhir bulan dec2007, kitorg mggu pertama jan2008.

few… best woo jadi pengantin dulu….

and it happened again..

ada apa dengan aku 2 Comments »

2 minggu lepas, aku mengalami demam pada waktu malam sahaja.. dalam 10hari juga laa.. bila dah demam, it was really really uncomfortable. huh.. kadang-kadang pukul 4pm dah start demam sampai esok subuhnya. siangnya pulak, aku agak sihat, tapi still tak berselera langsung nak makan.. n tak rasa lapar langsung. good hah, boleh jadi diet ni.

ini bukan kali pertama aku demam malam macam yang agak teruk macam ni.. pernah masa form 5. ingat lagi petang tu aku dah start demam, member yang tolong call parents aku suruh datang ambil setelah warden benarkan aku balik, yer lah da berhari2 aku demam petang ke malam ke subuh. tak larat sungguh nak bangun pun. bila dah balik rumah, ayah aku bawa jumpa sepupu ayah aku (kalau xsilap, yang penting sedara dekat) untuk sesi berubat. Dia kata kes demam malam ni tak lain tak bukan, kembang paru-paru laa ni. Dengan cara dia tersendiri, sesi berubat itu berlangsung dengan jayanya & aku kena lah ikut syarat-syarat & pantang larangnya. Alhamdullillah dengan izin Allah, aku pulih sepenuhnya. Siasat punya siasat, punca berlakunya kembang paru-paru ni pasal aku suka mandi malam. Time sekolah tu memang laa aku ni aktif giler kan konon-kononnya, tak cukup siang, setiap malam training badminton. Ye laa nak wakil sekolah, kena betul-betul berlatih, walaupun kalah at the end nya hihihi. So lepas training tiap-tiap malam, mestilah mandi sebelum tidur. & hasilnya itulah..

tapi yang aku demam malam hari 2 minggu lepas haritu, aku tak ada pulak mandi malam. paling lewat pun kul 8 malam. tapi selalunya time maghrib or petang lepas balik kerja laa mandinya. still heh? hurm sangat pelik. & sekali lagi berubat dengan pakcik tu & alhamdulillah dengan izin Allah, 3 hari lepas berubat & ikut pantang larangnya, aku pulih sepenuhnya.

Harap-harapnya ni kali yang terakhir laa..

p/s: husband aku tak suke betul kalo aku demam, sebab dia malas nak bangun malam bancuh susu faiq.. hampess.. kalo aku demam, tak larat giler nak bangun tgh2 malam.. nak xnak dia kena bangun.. tu dia xsuke tu..

komen mengkomen

ada apa dengan aku 1 Comment »

kejadian ni berlaku beberapa tahun lepas kat tempat kerja lama. Ada seorang bos baru yang dia macam nak berkenal-kenalan dengan staff department tersebut. So, dalam sebulan ke sebulan lebih, ada 1 sesi temuramah laa boss ni buat. One by one staff dipanggil ke bilik untuk sesi tersebut. Actually that boss dah lama kerja kat company tu cuma dia baru masuk department tu.

Rupanya boss ini dalam diam memerhatikan satu2 perangai staff dia, termasuklah aku. Yang aku ingat, dia komen aku suka buat ekspresi muka yang kadang-kadang tak elok kata dia. Bukan ke itu tindakan refleks? Bersalahkah aku? Contohnya, aku terima berita tak berapa baik, secara automatiknya muka aku jadi berkerut or maybe mulut macam mummering something. Aku terima komen itu, & aku rasa aku bukanlah patung yang kalo orang marah or orang buat lawak aku just boleh tegak takde reaksi.

then, 2nd komen dia (yang aku ingat la), dia perasan kalau orang buat joke on kind of sex thing, yang sedikit lucah, dia kata aku tak berapa suka. Maybe sometimes bila diorg cakap ramai2 kat department & ada selingan2 yang sedikit corner, aku tak suka, maybe dengan cara aku tak respon / aku ignore perbualan tersbut / maybe buat muka seperti komennya yang pertama. Series aku tak perasan, bila dia kata aku terfikir balik. heh? ntahlah aku pun tak tau. sebenarnya, aku boleh accept any topic, even melawak secara serong, TAPI bergantung pada siapa aku bercakap. Kalau kawan2 yang sesuai, ok, tapi kalau ada unsur2 profesionalisme or aku tak berapa kenal orang2 tu or aku tak berapa suka nak cakap dengan orang2 tu, rasanya tak perlulah aku nak join topik tu.

lagi komen dia (yang aku ingat), lenkali kalau reply mail, sila reply to all, menunjukkan ade progress yang berlaku dalam sesuatu issue yang dibincangkan dalam email. Yes, bagi aku rasanya lagi selesa aku direct dengan orang yang berwajib tanpa cc semua orang sekeliling, sebab aku rasa orang yang tak berapa penting tu bukan nak baca pun ape yang berlaku, silap2 kena maki sebab penuhkan inbox. Tapi bos ini amat tak setuju, dia kata cc kat semua yang orang so orang tau what’s going on (or sebenarnya nak kata orang tau kau buat kerja). whatever.. tapi memang ada betulnya, walaupun aku still tak berapa nak setuju. Sebab mereka still prefer fast action mcm call untuk dapat tahu hal sebenar daripada baca email yang kadang2 ayat pun macam sampah sarap yang memalukan.

n aku tak ingat komen2 dia yang lain, tapi at the end of sesi temuramah itu, dia ada cakap, kalau aku nak cari kerja lain (satu masa nanti), make sure company yang aku nak pergi itu adalah lebih besar & lebih stabil dari company itu. & aku rasa kata2 dia tulah yang mendorong aku untuk cari company yang lebih baik & baik kalo cari kerja lain selama ni.

p/s: aku tak tau ape motif entri ini. tapi lebih kepada luahan perasaan laa kot :)

selingan

ada apa dengan aku, faiq adnin bin mohd faizan 1 Comment »

Faiq dah pandai berjalan.. uiii nak berjalan saja.. kalo boleh time tidur pun nak skip, nak berjalan jer.. tak kiralah berjalan dalam rumah, apalagi berjalan luar rumah. Bila dah pandai berjalan luar rumah, kenalah belikan kasut. Kaki Faiq ni kelihatannya satu pattern dengan kaki aku yang besar di bahagian depan. so, memang susah nak cari kasut. masuk ni dah 4 kali belikan kasut untuk Faiq, yang empat2 dah tak muat.. membesar dengan sihat kaki faiq ni. cari kasut Faiq tak adalah masalah besar sangat, cuma aku nak kaler hijau tapi xder saiz untuk patern tu.

itu pun bukan masalah besar. yang aku nak press kat sini, adalah penjual kasut kat kedai tu kata, “nah bagi kat adik awak pakai ni” faiq was there juga laa.. n she meant Faiq was my brother.. hahaha.. mesti korang tension tunggu cerita suspen ni keke..

in fact, this is not the 1st time. bagi mereka yg 1st time kenal aku, diorg xpercaya aku dah kawin apa lagi nak pecaya aku dah ada anak. aku malas nak bertekak dengan mereka2 ni, aku tunjuk gambar & husband & faiq haa baru nak terima kenyataan.

mereka kata aku kelihatan terlalu muda untuk ada husband & ada anak. or aku punya firasat kata mesti mereka ni tak percaya aku boleh handle a kid & a husband sedangkan diri aku sendiri mcm tak terhandle.. kan..

apa pun, i just wanna be myself & feel better in every way i am.. n jangan jelous ;) ..

segmen kantoi

ada apa dengan aku 5 Comments »

kantoi 1

satu malam hujung minggu,tanya husband, bagi idea nak buat sarapan apa untuk keesokan harinya…
me : esok nak wat sarapan ape yer..
him : hurm buatlah mee goreng macam dulu tu.. sedap..
me : mee goreng? pernah ke saya buat mee goreng?
him : alaa masa dulu time belum kahwin, saya dtg beraya ngn joe.. sedap mee goreng awak buat time tu..
me : (yg blur2.. tapi setelah kembali memori itu….) ooooo… hehe… sedap ek? bukan saya yang buat mee itu..
him : habis siapa..?
me : kitorg beli kat kedai la.. order..
him : hampes tul.. ingatkan awak buat..

mmg time kejadian beraya tu, secara melawaknya aku kate aku yg buat.. tapi xsangka plak mereka took it seriously.. haha tp xpe, itu pun da kira mcm good impression laa time belum kawen tu ;)

kantoi 2

aku cerita kat husband pasal seorang sahabat yang suami dia sangat rajin menolong buat kerja-kerja rumah..
me : b, ada kawan saya kan, husband dia yang basuh baju, jemur baju, tolong2 kemas .. dia tau tu kerja dia, tak payah suruh, terus jee buat..
him : hmmmm
me : diorang sama-sama kerja kan, so kenalah tolong menolong buat kerja rumah. bagus kan.
him : hmmmm
me : awak ni, jangan kata tolong basuh baju, baju sendiri pun campak je lepas pakai..
him : alaaa.. ni kerja-kerja rumah, basuh baju lipat baju semua ni bukan awak yang buat pun.. makcik maid yang buat kan…

adess.. baru aku perasan kan….amekkk ubatt…

kantoi 3

sejak kahwin, memang impian kitorg nak beli rumah sendiri. dan sejak itulah jugak selalu terjadinya perkara-perkara seperti ini :
him: ada kawan saya beli rumah tu… buka pintu masuk depan, terus nampak dapur.. kecil betul.. anak dahlah ramai
me : ala tak apalah.. janji ada rumah sendiri.. da best laa tu.
him : hmmm…
me : ada rumah 2 tingkat kat taman tu.. macam best je.. besar gak.. kita beli kat situ nak?
him : tak payahlah beli rumah besar2 gitu.. bilik kita yang kecik tu pun awak tak terkemas.. ni pulak rumah camtu..

sekian terima kasih..

notakaki: entry ini seakan-akan membuka pekung sendiri, tapi wahai para suami sekalian, walau isteri anda tak sehandal mana, hargailah mereka selayaknya ;) )

sekolah dalam kenangan

ada apa dengan aku No Comments »

Awal tahun 2000.. banyak2 sekolah aku masuk, sekolah memandu ni lah paling aku ingat sekali…

Lesen L
Lepas habis sesi kelas mengenal etika pemanduan di jalan raya, kenalah ambil exam untuk dapatkan lesen L.
Penceramah kat situ bagi cabaran terbaik punya, siapa dapat markah full 40/40 dalam exam itu, diorg akan belanja makan KFC.
Aku yang sangat2 jahil atas maknanya gurauan time tu, study laa sungguh2 buku yang penuh gambar papan2 tanda itu, dari kulit ke kulit sampai la tahap hustler aku hafal. Dengan harapan aku akan dapat makan KFC dengan hati berbunga2 riang.
Maka, hari exam dah berlalu dengan jayanya & aku dapat markah full 40/40. & sampai hari ni mereka buat tak reti jer & aku masih mengharap kot2 mereka call kata nak belanja KFC.
Chett…

Sesi belajar bemula.
Tak berapa hari selang tu, dah bermulalah aktiviti belajar memandu kereta. Seriously aku tak pernah pegang stereng & tak pernah tau letaknya function signal & wiper kat situ.
Encik tenaga pengajar itu bernama En. Shahrul. 1st day tu, lepas En.Shahrul ambil aku kat rumah & bawa aku kat satu area taman perumahan untuk sesi perkenalan dengan kereta. Aku da siap2 pen dengan kertas nak tulis satu persatu apa yang akan diajar oleh En.Shahrul, tapi tiba2 dia kata, tukar tempat duduk. Aku jadi driver.
Sudah…! nak tukar tempat duduk buat ape aku mana reti apa2. Tapi ke-cool-an En.Shah membuatkan aku yang sangat darah gemuruh pun agak rilex.
Bila En.Shah kata masuk gear 1 & jalan, aku makin tak tentu hala.
“Biar betul Encik ni.. ”
“Betul laa… Jalan je tekan minyak.”
Pergh aku rasa sangat seram rasa macam aku sedang bawa kapal terbang yang penuh sarat penumpang yang mengharapkan pendaratan yang selamat, & segalanya terletak pada tangan aku.
Lepas jalan beberapa saat…
“ök masuk gear dua..”
Hah? gear dua macamane.. aku pun tengok kat gear tu terkial2 masuk..
& atas nasihat En.Shahrul, berjaya.. teruskan terkedek2 lagi..
Masuk gear 3.. kata dia lagi.
Eh..eh.. tapi berjaya lagi.. walaupun dalam hati aku macam sampah sarap yang tunggang langgang, tetap maintain rilex.
Ok masuk gear 4..
wahh ni gear last.. n berjaya jugak..
tak berapa lama lepas pusing2 kat taman yang tak berapa sesak itu, en.shahrul suruh pergi keluar ke jalan raya besar.
Wah.. en.shahrul nak bunuh diri ker.. aku tak berapa kisah sangat kalau aku meninggal tapi kalau dia meninggal, siapa nak jaga wife dia huaa..
En.Sharul memang pembagi semangat yang sungguh efisien. Tak pasal2 aku pun dah ada kat atas jalan raya yang sibuk dengan kereta yang pemandu2nya sangat kerek tengok kereta berstiker L besar aku itu.
“Kita nak pergi mana ni En.Sharul?”
“Jalan je laa…nanti saya tunjuk arah laa.”
Feww.. aku memang sangat2 nervous tapi kelihatannya kereta itu berjalan dengan baik sekali..
tiba-tiba..
En.Shahrul sound..” eleh.. tadi kata takut laa apa laa tengok meter tu da dekat 90..”
huahuaua… yer ker??
akhirnya sampai laa kami ke sebuah kampung di ulu choh (few kms gak dari pekan nanas ni) untuk ambil lagi seorang student.
n aku yang tadi mula2 berpeluh2 seram, makin rasa terawang2 betul ker aku yang bawa tadi hauahu.. & en.Shahrul tak habis2 guna ayat yang konon2 aku takut tapi tiba2 bawak laju pula tu nak kenakan aku dengan student2 lain.. hampess…

Sesi pelajaran berlangsung dengan jayanya
seperti biasa, En.Shahrul ambil & hantar balik rumah lepas habis belajar untuk sepanjang 2,3 minggu.
Satu hari aku itu, dah habis sesi belajar & sampai masa nak balik. Dia drive la aku duk sebelah rilex2. Tiba2 sampai satu selekoh maut, En.Shahrul dengan bangganya macam berniat nak buat drift dengan kereta kancil L yang tak berapa nak power tu. Cheett suka hati dia nak menterjebakkan aku dalam dunia drift yang tak seberapa tu..
Tiba2 En.Shahrul agak jerit, ” ehh kenapa tak boleh jalan ni??”
Yer laa..kereta tu tiba2 slow….
” Siapa suruh awak tekan brek tu? ” En.Shahrul pun tak boleh tahan gelakkan aku sambil bebel2..
Baru aku perasan, aku tertekan brek yang dekat aku duduk tu. Brek tu memang adalah untuk si tenaga pengajar / jpj yg tgh dalam test gunakan sewaktu kecemasan kalau lah student terlajak ke per.. Tapi tak pasal2 aku yang guna brek tu untuk si tenaga pengajar.
Selamba aku nasihat En.Shahrul tu lain kali drive sopan2. Tak menunjukkan contoh yang baik sungguh pada student.
Dan hari2 seterusnya lebih baik & alhmdulillah aku berjaya menghabiskan sesi pelajaran..

Ujian dengan JPJ.
2,3 minggu belajar, En.Shahrul registerkan aku untuk test ngn JPJ. En.Shahrul kata, aku da terror tak yah belajar lama2.. Suka hati dia jer..
Dia yang terror bukan aku..

Pada hari jumaat yang indah itu, sampailah turn aku nak di-test-drivekan.. Dari pagi aku tunggu, sampai lah time tu da tengahari..
Masuk2 kereta je, En.JPJ ckp, “cepat2 sikit eh. dah nak sembahyang jumaat ni”
maksudnya??? kena drift laa heh…
semuanya kelihatan baik pada aku, (tak tau lah pada En.JPJ), sampailah ke pintu pagar nak keluar dari sekolah memandu ker jalan besar. Baru jalan dalam 20 meter kot.. Di kejauhan arah kanan, aku nampak sebuah lori.. & demi menghormati En.JPJ yang nak pergi semayang jumaat on-time, aku kenalah bertindak bijak. Tak payahlah tunggu lori tu, lagi pun aku sempat lagi ni nak keluar. Tentu En.JPJ sangat bangga kerana aku memendekkan masa ujian aku itu.
Tiba2.. “hei.. awak nak mati ker?? tak nampak ker lori tu??!!”
Kali ni En.JPJ dengan berkesannya menekan brek kaki kat tempat duduknya tu..
& lori itu pun memintas dengan lajunya sambil membunyikan hon tanda kemarahan berganda. Kereta aku kelihatan berhenti di tengah2 jalan macam hidup segan mati tak mahu.
Wah.. ini petanda tidak baik.. En.JPJ marah, En.Lori pun marah.
Tapi aku bawa jer kereta itu dengan perasaan sampah sarap sambil aku macam nak bawa jer kereta tu masuk dalam parit biar padan muka En.JPJ itu. berani dia marah aku yer.. chett..
Lepas tu suka hati dia nak suruh aku lalu shortcut2.. tak payah pergi laluan yang hari2 kami practice itu. Wah..aku dah hafal baik punya jalan hari2 tu mana nak kena poyo lebih, tapi last2 dia suruh short cut pula. Sekali lagi aku tak berapa berkenan dengan En.JPJ ini.

Akhirnya pulang juga kami ke sekolah memandu dengan jayanya. syukur alhamdulillah, lepas seksa aku, & aku rasa En.JPJ lagi mengucap syukur panjang sebab dia masih hidup selama beberapa minit bersama kerja gila aku itu.

Aku pun jumpa En. Shahrul dengan kertas markah ujian memandu tadi. Dari jauh En.Shahrul memberi senyuman membanggakan kat aku dengan harapan aku pun bagi dia results yang membanggakan.
“Haa?? Macamana jalan raya boleh tak lulus ni??” En.Shahrul kecewa kerana dia telah meletakkan harapan yang menggunung tinggi atas aku untuk mengharumkan nama Pekan Nanas (since En.Shahrul pun org pekan nanas).. tapi ternyata aku gagal melaksanakan misi. sekaligus gagal menjadi pelajar cemerlang sekolah memandu tersebut.Kan aku dah kata, En.Shahrul yang terror, aku belum cukup terror lagi.

Rupanya En.JPJ sudah gagalkan aku kat pintu pagar keluar sekolah memandu itu lagi. Gara-gara lori yang time tu laa nak lalu, time aku tak test dia tak nak lalu. Kalau aku tau time kat pintu pagar tu da gagal, aku patah balik jer masuk sekolah, tak payah jalan2 kat jalan raya tu. Hampes punya En.JPJ sengaja nak cari kesalahan aku lagi rupanya.

Footnote: Ayah aku bengang sebab kena topup duit lagi untuk re-test.
En. Shahrul sampai sekarang dia backing aku, dia tetap salahkan En.JPJ sebab En.JPJ yang suruh cepat2 tapi last2 dia failed-kan aku. Aku pulak tak pasal2 kena tambah lagi few weeks kat sekolah memandu tu untuk memantapkan ilmu ketahanan terhadap kata2 dusta En.JPJ.. dan akhirnya aku lulus dengan jayanya pada 2nd test.. dengan test motor sekali aku lulus. motor test sekali je laa cukup.. melampau laa 2 kali wei…..

that is it..

ada apa dengan aku 2 Comments »

Yesterweek and week before were my screwed weeks. The ‘disaster’ was because of a letter from UTM, offering me a full time place for master in science (transportation planning).

Yes, in my previous entry on this, this is what i’m looking for, and i was so happy for first few days after received a phone call telling me this, but for this time being, it really jumbles up my mind.

Finally….for many good reasons, i will delay this offer until next semester. And, that is it.

Thank You Allah, for guiding, always..

footnote 1: i accidently overheard a friend conversation that contained these; “buat ape belaja master? kat malaysia ni mana guna master”. no, they’re not talking about me, but i take this as their own opinion. And i also have my own opinion (i talked to myself laa kan); bukan ker dalam islam paling menggalakkan menuntut ilmu? its not about the master title, but it is about the knowledge. I love to study, not because i love the ‘master’ title. Sekian.

footnote 2: many thanks to friends who concern; asking, sharing opinions, giving options, glowing me up and even offering non-interest loan! You all are such the angel.

ALLAH Bless..


Entries RSS Comments RSS Log in